
retro raya event with pkns
Ramadhan dihayati, Syawal menjelang dirai bersama. Begitulah, semangat dan harapan di PKNS BizPoint ketika ambang Syawal menjelang tiba. Sebagai bulan yang perlu diraikan, Bahagian Pembangunan Usahawan PKNS telah menganjurkan karnival Retro Raya yang bermula pada 9 Mei hingga 4 Jun 2019 yang bertempat di PKNS BizPoint, Seksyen 7, Shah Alam seawal Ramadhan membuka tirai.
Sejajar dengan ambang Syawal, karnival Retro Raya ini menjadi medan beli belah para pelanggan untuk mendapatkan produk dan barangan usahawan tempatan yang juga ahli-ahli PKNS BizClub bagi persediaan menyambut Syawal. Sepanjang karnival Retro Raya ini berlangsung, pelbagai aktiviti jualan, peraduan dan hiburan keluarga telah diadakan dengan penuh kemeriahan. Masyarakat daripada pelbagai latar belakang turut hadir bagi mendapatkan barang keperluan mereka untuk persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Antara aktiviti yang dianjurkan semasa karnival Retro Raya ialah
-
Aktiviti jualan murah dan lelong raya
-
Meet & greet bersama personaliti dan selebriti
-
Hiburan nyanyian dan peraduan 'jangan lupa lirik'
-
Acara rebut kerusi dan peraduan mewarna
-
Make up tutorial oleh personaliti jemputan
-
Majlis cabutan bertuah untuk para pengunjung
Bagi menghargai para pengunjung yang berbelanja minimum RM50 semasa karnival Retro Raya berlangsung, pihak Beecentric Events selaku perunding yang dilantik telah menganjurkan majlis cabutan bertuah pada 31 Mei 2019 untuk memilih pengunjung bertuah yang bakal berpeluang menerima hadiah utama iaitu, berpeluang menaiki helikopter bersama-sama dengan pengasas produk kecantikan Merve Cosmetic, Joy Revfa.
Majlis cabutan bertuah yang dinanti-nantikan oleh para pengunjung ini disempurnakan oleh Pengurus BPU PKNS, Tuan Haji Shamsul Bahrin Bin Haji Md. Shukur diiringi pegawai BPU PKNS. Majlis cabuta bertuah ini juga merupakan majlis kemuncak karnival Retro Raya yang akan berakhir sehingga malam raya iaitu pada 4 Jun 2019.
Retro Raya ini menyingkap pelbagai dimensi suasana keceriaan dan kemeriahan antara masyarakat yang hadir. Produk usahawan tempatan juga dapat diketengahkan dan diperkembangkan dengan lebih meluas melalui aktiviti jualan langsung.
Melalui acara seperti karnival Retro Raya ini, masyarakat setempat juga dapat mengetahui dan mengenali PKNS BizPoint dengan lebih dekat sebagai wadah keusahawanan dan jaringan kemasyarakatan.
